BAPA TIKAM LEHER ANAK GADIS BERTUBI-TUBI KERANA TIDAK RESTU HUBUNGANNYA BERSAMA LELAKI BERAGAMA ISLAM KERANA…

Hanya kerana tidak merestui hubungan, seorang bapa sanggup membunuh anaknya sendiri. Seorang lelaki beragama Kristian dari Ramle, Israel dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh anak gadisnya dengan menikam lehernya bertubi-tubi.

Sumber: wtvr.com

Menurut The Jerusalem Post, tertuduh, Sami, 58, dikatakan berbuat sedemikian kerana tidak merestui hubungan anaknya, Henriette Karra, 17, dengan seorang lelaki beragama Islam.

Teman lelaki Henriette kini berada di penjara (tidak dinyatakan mengapa) dan dia merancang untuk memeluk agama Islam apabila lelaki itu dibebaskan. Henriette ditemui mati di rumah keluarganya dengan beberapa kesan tikaman di leher pada 13 Jun lalu.

Sumber: HAARETZ

Beberapa minggu sebelum kematiannya, Henriette telah melarikan diri dalam ketakutan kerana dipukul dan diugut bunuh oleh bapanya. Gadis itu juga telah menghantar mesej kepada beberapa rakan memberitahu mereka bahawa keluarganya mahu membunuhnya.

“Anda tidak akan percaya apa yang mereka lakukan pada saya. Mereka mengupah orang untuk membunuh saya.”

“Mereka kini mencari saya di merata tempat. Anda tidak akan faham ketakutan yang saya alami. Saya tidak yakin saya ada kekuatan untuk berdiri dan melarikan diri.”

Henriette kemudian tinggal di rumah ibu teman lelakinya namun ahli keluarganya berjaya mengesan dan memaksanya pulang bersama mereka. Pada malam sebelum dia dibunuh, bapa Henriette didengari berkata kepada ibunya, “Lupakan dia, biarkan dia ke neraka.”

Sumber: Ynet


Sumber: Ynet

Menurut ibu mangsa, suaminya menganggap bahawa mangsa telah menghina kehormatan keluarga. Laporan turut menyatakan bahawa bapa mangsa itu disyaki terlibat dengan dadah sebelum ini.

Lebih teruk lagi, lelaki itu telah merancang pembunuhan tersebut bersama nenek mangsa, Aliham dan bapa saudara mangsa. Mereka telah membuat perancangan seminggu selepas berlaku pertelingkahan mengenai hubungan pasangan itu.

Ketiga-tiga mereka telah pun ditahan pihak polis tempatan dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan. Bapa mangsa bagaimanapun tidak mengaku bersalah membunuh anak kandungnya itu dan kini sedang dibicarakan di Israel.

Gambar hiasan

Sementara itu, kes pembunuhan Henriette telah mencetus protes penduduk di Ramle. Menurut laporan tempatan, lapan wanita telah dibunuh di bandar tersebut dalam tempoh enam bulan. Disebabkan itu, penduduk setempat bersama aktivis bersepakat membuat demonstrasi membantah pembunuhan kejam wanita.

sumber : lobakmerah