Hajjah Millenial Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam Terbesar Kuala Lumpur Zouk

Sebentar tadi telah berlangsungnya pelancaran tudung Naelofar Hijab dari Neelofa yang dinamakan #BeLofa. Namun apa yang menarik perhatian ramai, lokasi koleksi tudung itu dilancarkan, dimana bertempat di kelab malam Zouk.

Selain memperkenalkan koleksi tudung terbaru, Neelofa juga menyambut majlis ulangtahun ke 29 beliau disana. Rata-rata netizan terkejut dengan pemilihan tempat hajah kesayangan ramai itu, ada juga mempersoalkan mengapa produk seperti tudung dilancarkan di kelab malam.

Di Instagram pula, ada yang sempat berkongsikan beberapa video ketika acara berlangsung. Memang meriah, seperti kelab malam yang biasa kita lihat, muzik rancak berserta dengan tarian daripada hijabista yang hadir menyokong Neelofa.

Selain Neelofa, ibu dan adik beradik, Noor Nabila dan Ameera turut hadir bersama. Memang agak pelik idea yang dicetuskan Neelofa, melancarkan koleksi tudung di kelab malam. Pun begitu pasti peminat Neelofa ada alasannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya Tak Peduli, Saya Tahu Apa Saya Buat”

Kecoh di media sosial malam tadi apabila orang ramai dapat tahu yang selebriti popular, Neelofa telah melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah pusat hiburan popular di Kuala Lumpur.

Rata rata ramai yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan Neelofa itu selain menyifatkan ianya sebagai satu tindakan yang memalukan imej seorang wanita Muslimah dan Islam itu sendiri.

Bercakap kepada Berita Harian selepas selesai majlis, Neelofa berkata beliau tidak peduli dengan kata kata orang ramai terhadap dirinya malam ini dan beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan”

“atu tindakan yang memalukan imej seorang wanita Muslimah dan Islam itu sendiri.

Bercakap kepada Berita Harian selepas selesai majlis, Neelofa berkata beliau tidak peduli dengan kata kata orang ramai terhadap dirinya malam ini dan beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan.

 

sumber: rotikaya