Kucing Berjaya Melarikan Diri Daripad Dilapah Hidup Hidup Oleh Pemakan Daging Warga Vietnam

Assalamualaikum wahai pembaca Malay Reporter, Cerita ini dipetik daripada post Asrol Adizar berkenaan pengalamannya bertemu kucing yang cedera parah……

Tengahari tadi saya mendapat panggilan dari presiden Malaysia Independent Animals Rescue, Puan Puspa Rani berkenaan seekor kucing yang dijumpai cedera teruk di Seksyen 5 Wangsa Maju… kucing ini dijumpai oleh saudara Ikhsan Norazman thanks to him…

Saya bergegas ke sana untuk menyelamatkan kucing ni dan segera membawanya ke USJ Animal Clinic atas cadangan Puan Elly Sharp sbb klinik tu adalah klinik panel beliau..

berdasarkan diagnosis vet, kucing ni dipercayai dilapah hidup2 melihatkan kesan clean cut menggunakan pisau

Berkemungkinan besar ianya dilapah utk dijadikan makanan kepada warga asing pemakan kucing tetapi mungkin nasibnya baik dapat melepaskan diri tapi dia tersekat di bawah longkang tu, sebab juntaian kulitnya tersangkut kat celah2 batu…

vet mencadangkan untuk melakukan pembedahan menampal kulit memandangkan lukanya dah terlalu besar dan dalam serta mengalami jangkitan yang teruk… keadaannya 50-50 dan bakal dirujuk ke UPM

Vet ni tak boleh buat pembedahan tu kerana terlalu rumit… vet cuma cucikan dulu luka tu, bagi antibiotic dan painkiller serta IV drip bagi menstabilkan keadaan kucing tu dulu sebelum dirujuk ke UPM kelak…

atas persetujuan Pn Puspa dan Pn Elly, saya diamanahkan utk menguruskan trasnportation kucing yg diberi nama Burger ni( sbb jumpa dia kt kedai Burger Kaw Kaw) dan urusan donation sekiranya ada yg ingin membantu dari segi kos rawatan sebab kita sedia maklum kes begini memerlukan major surgery dan belanjanya besar lebih2 lg di UPM vet…

Kos sebenar memang belum diketahui cuma sy sertakan je banking details kt sini sebagai rujukan anda di masa hadapan dan setiap kos serta bil sy akan update dr masa ke semasa, so stay tune ok… semoga jasa baik kalian yg membantu akan diberkati Tuhan dan didoakan semoga Burger cepat sembuh…

Sumber : https://lenteraemas.com/kucing-berjaya-melarikan-diri-daripad-dilapah-hidup-hidup-oleh-pemakan-daging-warga-vietnam/