“Saya Cuma Ada 12 Tahun Aje Lagi”-Shuib Luah Perasaan Tentang Diri Buat Netizen Tersentuh

Sejak awal kemunculannya, Shuib Sepahtu di lihat biasa-biasa sahaja. Pernah melalui banyak ujian dalam hidup,usaha Shuib untuk mengubah nasib diri nampaknya berhasil. Bukan sahaja bermula kerjaya sebagai pelawak, hari ini Shuib juga di kenali sebagai pelakon filem dan drama serta seorang usahawan yang berjaya.

Sejak ada isteri dan anak-anak,Shuib di katakan ligat mencari rezeki dan berusaha semaksima yang boleh untuk mengumpul wang . Kata Shuib,dia hanya ada 12 tahun sahaja lagi untuk dirinya berusaha paling kuat buat keluarganya.

Ini kerana menurut Shuib dia merancang untuk tidak bekerja pada usianya 45 tahun. “Ketika umur 45,saya dah taknak kerja,hanya nak duduk tepi pantai santai bersama isteri dan anak-anak”.Sebab itulah Shuib membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai DJ Radio atas alasan kekangan masa untuk bersama isteri dan anak selain mahu memberi tumpuan penuh pada bisnes.

Hari ini Shuib di katakan ligat menguruskan bisnes madu lebah aslinya dan juga termasuk cabang bisnes yang lain seperti kedai dobi. Ramai yang puji perancangan Shuib yang di lihat sangat bersungguh mengumpul wang buat masa depan keluarga dan hari tua.

“akak respect Shuib, nila orang cakap walau muka tak bape hensem asalkan perangai elok hati pun x sakit”

“aku start minat shuib sejak dia selalu kasi hadiah best2 kat siti sarah lepas bersalin..pas bersalin kasi beg mahal.. kedian anak no 3 dia kasi rumah mewah untuk wife…bagus giler mamat ni”

Sumber : kisahdunia