[VIDEO] Rafizi, Bekas Kerani Bank Dihukum 30 Bulan Penjara

Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini kerana melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) berhubung kebocoran butiran akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan dan oleh itu pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Rafizi dan Johari diperintahkan membela diri pada 25 Oktober.

Mereka berdepan hukuman maksimum penjara 30 bulan atau denda maksimum RM3 juta jika sabit kesalahan.

Sumber : MK